Thursday, 12 December 2019

26 JAHANAM















Tanggal 1 sampai hujung ditanggung,
Malaikat berkali tukar risalah penyombong,
Setiap helai balasan tak terbayang panggung,
Cerita nanti di langit bukan disebar kampung..

Alamak hai!
Biar sedap sedap nanti taubat lah !
Licik akal mesti tahu buat lah !
Selagi nafsu masih lapar lah !
Tak apa nanti tua sedar lah !

26 ini makin jahanam,
27 nanti agak dah padam,
Mana sembahan jadi semayam,
Mana tauladan dikubur dalam..

Wei hai!
Benda dah rosak tak simpan lama,
Eh terjatuh pula dalam cinta,
Mana eh mana itu mana ?
Eh serabut lantak fikir buang sana,
Tiada hujung buat penunggang agama.

Tanggal 1 wajah 27 ada Pembaharuan ,
Harap tak sembang jadi pembaharu ruang,
Bukan kau tak sedar setiap malam,
Tapi kau bermula dari malam..
Hingga kau lupa indahnya siang..

Ini cerita akhirkah?
kalah terbujur lalu terlintang patah...

Thursday, 15 June 2017

kiriman dari tuhan...













kiriman dari tuhan..
pembacaan si peneroka sepi
ada pelbagai isi yang misteri
setiap plot dan karya asli
telahpun mereka kuasai..

begitu ghairah menampil aksi
setiap sudut dikaji teliti
seorang lelaki penuh pasti
sendiri sendiri beri konklusi..

dia bukan karyawan berseni
caranya berbeza menghayati
nukilan dan tulisan isi hati
tidak pinta penghargaan diri..

kiriman dari tuhan
sekelumit sendu beralasan
dia bongkar kebenaran
dan mahu keamanan..

kiriman ini dari tuhan
bukan nak diam dan tahan
cuma tak mampu berjalan
bila umur pula kedepan..

sejauh negeri dari laut
berdekatan dia dengan maut
tafsiran hidup sukarnya mencarut
pabila manusia semakin karut..

cara mediasi untuk solusi
impak positif gagal memberi
apalagi perlu dia tangisi
sedangkan minyak menggalak api..

kiriman dari tuhan
seseorang kesali perbuatan
seseorang muhasabah pendirian
seseorang sedari kemampuan..
kiriman ini adalah jalan
untuk batasan seorang insan...

macam mane ye^^boleh ke??

hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe