Friday, 29 January 2016

aku menulis..
















kenali aku dalam senyum dan duka
masih biasa berbahas kata
sendiri mencari butiran diri
tak punya harga peribadi
hanya menanti siapa sebenar
yang inginku lamar..

aku tak pendam

lalu menulis
aku tak dendam 
lalu menulis
aku tak terhiris
lalu menulis
aku tak menangis
lalu menulis
aku tak simpan
lalu menulis
aku tak bosan 
lalu menulis
aku tak malang
lalu menulis
aku tak bimbang 
lalu menulis
aku tak marah 
lalu menulis
aku tak kisah
lalu menulis
aku tak peduli
lalu menulis
aku tak berhenti
lalu menulis

aku mencari apa adanya dalam aku

mengetahui fitrahnya lelaki
sesuatu tersembunyi disimpan rapi
menulis untuk penawar hati
yang kerap dibawa pergi
seringkali menjadi mimpi
kerana pengenalan
bermula sebuah perjalanan....

wanita ini....












wanita ini,
dalam hatinya ada racun,
kumpulan lelaki pasti gerun..

wanita ini,
dalam jiwanya ada dendam,
siapa gerangan pasti diam..

wanita ini,
pantang dirinya ditanya soalan,
lantang dijawab senang jawapan..

wanita ini,
hasratnya menggunung cerita,
padanya berupa cita cita..

wanita ini,
memberi erti dalam puisi,
mencari bukti dalam tragedi..

wanita ini,
berfikir dan miliki luas pandangan,
kecantikannya dari sifat dan badan..

wanita ini,
angan angan sebuah langit,
sedang dilangit masit terjengkit..

wanita ini,
suaranya berdendang sayu,
cerita cintanya masih meragu..

wanita ini,
pendiriannya telah terkunci,
yang pasti dia selalu mentaati..

bagaimana dengan apa dan mengapa
dirinya,
berfantasi apa dan segala angan
 angannya,
keluhan dan tanggapan seraya 
keadaannya,
berkemungkinan apa dalam diam 
perspeksinya,
sesiapa jua pasti menghormati
akhlaknya...
kerana dirimu begitu berharga..

mayat terbaring

rumah atap usang
cahaya lampu jalan
ayam bertenggek di dahan
berkokok tanda siang
sekujur mayat terbaring..

tanah puluhan tahun
pokok ciku kukuh dan rendang
rotan yang rosak jadi ratapan
bau dari baju belum hilang
sekujur mayat sudah terbaring..

seorang ayah dan sebuah diari
ayahnya pergi diari pula berganti
al kisah anak yang hilang ayah
anak mencari dimana salah
sekujur mayat lalu terbaring..

bunyi bunyi motor dan lori
sekitar pagi yang bergelap
manusia bercerita sensasi
tiada had dan adab
sekujur mayat terus terbaring..

1 hari 22 januari
dalam 1 hari 22 memori
dikira lagi 22 januari
belum pasti 22 memori
kerana mayat masih terbaring..

Monday, 11 January 2016

suara dan pilihan










Tup tup tupp..
pintu ditolak..
krek..krek..
suara siapa??
menggeletar tubuh..
seakan bunyi menjemput ajal..
kerana kau telahpun MUNGKAR..
dengan janji palsu yang TERBONGKAR..
sekujur mayat digelungi ULAR..
bayangan dari dosamu yang BESAR..

AYAH mana IBU..
yang melahirkanmu menjadi INSAN..
bersusah mencari nasi dan MINUMAN..
mengapa akhirnya kau MELAWAN!!

apa lagi hendak DIBINCANG..
kalau sebelum hujan tiada BINTANG..
sesudah sore tiada MALAM..
selalu mendambakan MALANG!!

engkau manusia dan aku PERANTARA..
dibisikkan ditelinga bergetar RASA..
merayu sumpah bertaubat NASUHA..
belum tentu buatmu mencium SYURGA!!

HAHAHA..
gelak ketawa syaitan difikiranMU..
buang!!
lupakan dia MANUSIA!!
aku tuhanmu..
KAU dan AKU sama..
haha..
menjalin dan menyatukan KITA..
akhirnya derita..

suara dan PILIHAN..
itu takdirMU..
dan kau tentukan..

macam mane ye^^boleh ke??

hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe