
november jangan risau
disember punya harga
tamatkan cerita lama
dalam sebuah buku..
begini dan begitu
rangkaian memori pilu
sengketa dalam cinta
hanyalah rencana..
bahagia jua kau
dan menerusilah aku
november untukmu
disember milikku..
demi seterusnya
aku bernafas syukur
kita bermula pantas
berakhir ringkas..
26 november ini
penceritaanmu sempurna
penderitaanku berguna
terima kasih...
kesabaran ini menginspirasi
sumpah aku bebas..
november merungkai
disember tercapai
selamat tinggal
selamat sampai....
-2012-2016- tamat..
No comments:
Post a Comment