suatu pengenalan bermula sebuah perjalanan.... (sejak 2010 merangkap waktu)
Friday, 29 January 2016
wanita ini....
wanita ini,
dalam hatinya ada racun,
kumpulan lelaki pasti gerun..
wanita ini,
dalam jiwanya ada dendam,
siapa gerangan pasti diam..
wanita ini,
pantang dirinya ditanya soalan,
lantang dijawab senang jawapan..
wanita ini,
hasratnya menggunung cerita,
padanya berupa cita cita..
wanita ini,
memberi erti dalam puisi,
mencari bukti dalam tragedi..
wanita ini,
berfikir dan miliki luas pandangan,
kecantikannya dari sifat dan badan..
wanita ini,
angan angan sebuah langit,
sedang dilangit masit terjengkit..
wanita ini,
suaranya berdendang sayu,
cerita cintanya masih meragu..
wanita ini,
pendiriannya telah terkunci,
yang pasti dia selalu mentaati..
bagaimana dengan apa dan mengapa
dirinya,
berfantasi apa dan segala angan
angannya,
keluhan dan tanggapan seraya
keadaannya,
berkemungkinan apa dalam diam
perspeksinya,
sesiapa jua pasti menghormati
akhlaknya...
kerana dirimu begitu berharga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam mane ye^^boleh ke??
hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe

No comments:
Post a Comment