Aku lelaki aku tahu itu,
Dia miliki hati selembut bayu,
Sengaja hamilkan segunung rindu,
Untuk menyambut hari menyatu.
Kuhirup kesukaran cuacamu,
Seteguk lalu aku beralah,
Seteguk kini aku melatah,
Hampir malamku senandung ‘lagu’.
Pandang pertama tergamam kaku,
Genggam nekad dia rusuk kiriku,
Perancangan di sebalik pintu,
Siapa gerangan pun bakal bercelaru.
Ku kunyah perihal resah,
Ku sekat nafas nafas basah,
Betulkah terjadi,
Ini pasti bukan mimpi!
Dengan bahasa aku tabalkan,
Keyakinan tumbuh melatari jalan,
Darah,kudrat,dan air mata,
Berkumandanglah
rasa mendatang.
Cukuplah merenungmu puteri,
kemistri bersamamu sudah terpatri,
binaan perinduku makin roboh,
oleh kedatangan seorang pengubah,
menghibur kasturi yang ingin menyanyi,
kiniku pengampu sehelai baldu,
yang tinggal mungkin simpati,
mataku bermandi api.
Apakah desakan datangnya rasa?
Hidupkah balik akar yang mati?
Atau menunggu matahari naik,
Sedangkan pula ayam tertambat.
Kalau wanginya lenyap terbang,
Pemuda itu rebah terkapar,
Setabah lelaki,malu sembilu,
Sebuah soalan sejuta jawapan.
Sebentuk cincin itu bersamaku,
Malamnya isteri,paginya serikandi,
Izinkan daku menyimpan kenangan,
Mendalami ,menyayangi,dan pernah
Mencintai..
Andai ternoktah suatu risalah,
Tidak tergerak mahkota cinta,
Aku ingin memeluk kisah,
Demi sumpah aku menyerah.
Kerana penyeriku kian berubah.
No comments:
Post a Comment