suatu pengenalan bermula sebuah perjalanan.... (sejak 2010 merangkap waktu)
Wednesday, 12 November 2014
terlalu cinta
mungkin kini kau pergi,
walau aku harap engkau datang,
mungkin kini kau lari,
setelah kasih tak lagi berseri..
cinta mungkin salah ,
berkasih terlarang,
menyayang dihalang..
bertahan terkalah..
cuma yang tetap kenangan .
aku pegang dan genggam.
aku senyum dan riang.
biar sakit tetap diam.
masih berbaki dalam harapan,
meski tak singgahi kebenaran,
tulang dan darah ini saksi,
setiap pergerakanku janji,
semua bahagian tubuhku wali.
desiran ombak memberi nafas,
terpancar jauh gerakan angin,
menolak air menjadi melodi,
mata tertutup lalu meniru,
dalam gaya dan prosa badan.
senyum dan sengih sengih,
padanlah ia terhegeh hegeh,
nampak laut menggeleng???,
datang puteri mesti berpusing...
begitulah ,
dalam pelaburan cinta,
dalam keadaan kata biasa,
keuntungan dikehendak ,
namun rugi yang mendadak.
begitulah,
dalam fitrah manusia,
dalam keadaan kata biasa,
pandai dalam merancang,
keputusan bodoh mendatang.
benarlah ..
lebih baik mati berdiri daripada hidup melutut..
benarlah...
yang dikasih terlarang menyayang dihalang dicinta
MERANA...
kerana kita terlalu bahagia...kita tak memandang bencana...
Subscribe to:
Comments (Atom)
macam mane ye^^boleh ke??
hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe
