Friday, 28 April 2017

pemain watak....










ceritanya bermula...
aku punya iltizam dari dahulu
memiliki empayar sebuah kubu
cerita aku tak perlu buku
cukuplah aku sahaja yang tahu..

aku kenali diri sejak pra ilmu
didukung karenah hati syahdu
mengawal diantara dua otak
kiri dan kanan menghenyak..

ok...
sebenarnya disini akulah perancang
pemain watak dua cabang
pemberi maaf buat manusia
penamat salam untuk mereka..

ya...
aku menerajui coretan sendiri
ingat lagi kisahnya pena dan dakwat?
diantara pena melakar dakwat meresap?
benarkan,janganlah dinafi..
itulah gambaran 'kita'...
impaknya sangat besar dan drastik..
melibatkan aku,engkau dan semua..

hari ini sempena ulangtahun kelahiran
aku masih berpijak dibumi aman
masih muda dengan pengalaman
sudah tua soal perasaan..
alhamdulillah..

kepada sahabat yang menghargai
aku menumpang rindu sampai mati
pada sang pembelit ucapan 
harapanku pergilah jalan..

macam mane ye^^boleh ke??

hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe