Friday, 22 March 2013

sinetron stesen










stesen ini mungkin stesen kasih,
stesen ini barangkali berganti saka,
ada terlahir budi dan cinta,
ada kemunculan kumpulan dosa,
bermula suatu epilog kita di sinetron stesen.

perkenalan kedatangan disambut halus,
oleh kesabaran sisa daripada jiwa tulus,
sehalus tirai bicara berterusan menguji iman,
beranganlah kejahatan membuat penginapan,.

bila stesen ini berkasih dan keramaian,
tercantaslah kebaikan dari kesuburan,
yang ketibaan bukanlah perang,
dan dibelakang pedang kematian.

kisah ini(aku meringkas kerana kesedihan)
menundukkan sebuah al kisah angan angan,
pada ceritera antologi suci bertahun dirapi,
tamatlah sebuah naskah penitian ke jannah,
mungkin aku sendiri mengakhirkan kubah,
ada pada andaian benar kewujudan jahannam.

satu detik tiba stesen ini dilupa,
tetap juga tertitip kenangan durja dari darahku,
pada kubur dan catatan harian amalanku,
untuk segenap kehidupanku yang menjalin,
disini aku telah melabur separuh iman,
namun berharap statistik adalah kenaikan??
telah menjunam penurunan kejatuhan status hina,
disini juga aku mengenali,
memahami dan mengalami,
kehidupan akan kecundang,
juga iman akan berkumandang,
pada jalan dan perjalanan,,

KETERPAKSAAN!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

macam mane ye^^boleh ke??

hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe