
bermula sebuah pertemuan,
pada sebuah perjuangan,
merisik hati gema jiwa,
untuk berkasihkan si mutiara.
pada awal sedaun semalu,
mengatur desak kendiri bersatu,
berlaku juga buntu perilaku,
mengatur sesak kerja dan raga,
pada seempat curahan ilmu.
bahkan amarah juga nafsu,
pada bentuk bentuk zarah,
oleh sebuah perasaan,
terbangkitkah semangat jahat,
cuba mengasing tak tergerak,
kerana desaknya arus berkasih.
inikan kenangan buat si nganga,
mendatang cinta berdendangkan dendam,
kubu ilmu yang penuh bintang petang,
tenang tenang dan malang malang,
mungkin mencuba aku pengalaman,
atau mengasah jahat binatang!
No comments:
Post a Comment