rumah atap usang
cahaya lampu jalan
ayam bertenggek di dahan
berkokok tanda siang
sekujur mayat terbaring..
tanah puluhan tahun
pokok ciku kukuh dan rendang
rotan yang rosak jadi ratapan
bau dari baju belum hilang
sekujur mayat sudah terbaring..
seorang ayah dan sebuah diari
ayahnya pergi diari pula berganti
al kisah anak yang hilang ayah
anak mencari dimana salah
sekujur mayat lalu terbaring..
bunyi bunyi motor dan lori
sekitar pagi yang bergelap
manusia bercerita sensasi
tiada had dan adab
sekujur mayat terus terbaring..
1 hari 22 januari
dalam 1 hari 22 memori
dikira lagi 22 januari
belum pasti 22 memori
kerana mayat masih terbaring..
No comments:
Post a Comment