
kita belum pasti cantik
dengan indahnya bahasa,
dia belum tentu cerdik
dengan ilmu yang ada..
batu nisan bertulis nama,
dibina siap berlambangkan cinta,
tak kira usia generasinya kita,
amalan jua diambil kira..
melihat kesombongan manusia
dengan memanipulasikan fakta,
berdiri aku merealisasikan auta,
demi melayu aku terpaksa..
malulah kita,
kalau bangsa yang lain menjeling,
malulah kita,
mereka bertanya kita menggeleng,
kerana melayu tak pernah kalah..
kita terlalu rasa bijak dari sana,
tapi mereka terdahulu bijaksana,
bukan realitinya kita bodoh,
cuma sedikit rasa angkuh..
#dalammelayuadaserinya
#cumakitatakperbaikinya
No comments:
Post a Comment