Monday, 20 June 2016

mencari beza...
















sekawan tua duduk semeja
berborak gelak bergigi rongak
sekotak rokok dan kopi sejuk
menaruh rasa dizaman muda

yang pemuda rasa bangga
berbicara soal agama
ditangan masih memegang pisau
dijiwa kosong dan jauh risau

kanak kanak berlari riuh
dibiar jatuh berdarah siku
entah apa tajuk menyembang
kotoran dibaju tak hilang

aku disini hanya melihat
tersenyum juga termenung
semua silap cepatnya nampak
dari jiwa perasan warak

kau tak berbohong hari ini
kau melihat jalannya tegak
kekiri juga kau bergerak
maka semuanya terselak
dan akhirnya kau tergelak..

simpan saja hasrat sendiri..
sepertinya tak mahu berpayung
lalu hujan badan menanggung..

kita ada ramal hidup
tapi amal pun reput
dia tak cuba kaya
tapi dia berjaya..
hidup perjudian dengan maut
nak hidup bukan kelaut..

ini dunia bukan fantasi
yang sedang kau impi
dan kau terlalu bodoh
mendirikan rumah yang roboh..

No comments:

Post a Comment

macam mane ye^^boleh ke??

hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe