suatu pengenalan bermula sebuah perjalanan.... (sejak 2010 merangkap waktu)
Monday, 28 January 2013
nasibmu takdirku.....
keruh,
di sekeliling aku ini,
adalah dia juga dirajai,
tenang tenang aku berdiri,
tenang tenang dia mati.
menanti kembali arus damai,
hah! si petualang yang datang durja,
kemana? kata dia,aku kata dimana,
kenapa?katanya,aku kata mengapa,
berdua buntu kenang balik buku,
kerana nasibmu takdirku....
inilah kita yang dosa,
kawan,kitalah segalanya punca,
mengepit sedulang panas tanpa kain,
hah! sang nafsu buas yang buas bermain,
mencungap-cungap sedap,
kita sengkang semula kulit yang menutup mata,
curah setitik ubat mata yang lara,
berwhuduk sempurna adalah rahsianya..
tenang tenang aku kini baik,
tetapi?
adakah dia tenang tenang baik?
atau masih nasibmu takdirku?
letusan si dendam malam
penglihatan dinihari samar samar,
meliuk lintuk jari tangan lemah lemah,
bibir sasul menyebut ,lalu kemam kemam,
pendengaran terus mendurja sayu sayu,
berilusi lengkung pelangi hadir malam,
yakin bintang memancar pagi,
bukan era dan arena ini yang dicari,
tidak lagi takdir ini menjadi impi,
bersekutu sang nafsu di setiap sendi,
ingini padanya indah duniawi...
hanya hampir si petala tujuh neraka,
ini bukan ceritera mohon simpati,
atau meraih belaan organisasi,
juga pertubuhan mangsa yang dikasihi,
aku bukan di pinggiran menanti,
jangan beranggap si malang sepi,
dimana sebenarnya jasad aku lelaki besi,
takkan terliuk cepat dek habang api,
kemana kata perjuangan nan abadi,
oleh seorang lelaki sedang sejati,
dari seorang pujangga berhias kata dan masa,
senyum dan tawa berupa duka,
jeling dan tegas sebagai modal,
untuk tebal tebal dan kebal kebal,
kemenangan masih ditangan petualang,
bukan maksudku diktator ataupun lawan,
disini aku berperang emosi tak terlawan,
membenih dan menyubur kuntuman dendam,
alahai bila akan terjawab si hati,
alahai bila akan bertahan sang hati,
cukuplah sekadar pembentangan malam,
cukup sekadar melempar geram malam,
akur dan redha jalan pengurus hadapan,
sabar dan tenang kekal tercatat Al Quran,
ini malam sudah terletus,
esoknya tiada tercetus padu padu dendam...
permainan perasaan

kalau setiap detik kau bersamaku,
himpunkankan segala keramahan cinta,
bentangkan semua bukti sayang,
lampirkan helaian helaian rindumu..
tidakku meminta untuk dipuji,
sesekali bukan untuk dipuja,
aku hampiri jalan bersamamu,
cuma sedang buntu dan keliru.
petunjuk selalu menghala tipu,
peta hati untukmu asyik meleret sempit,
kemana lagi aku perlu yakin,
terhadap jasad dan nalurimu,
andai aku sendiri angkuh?
apa sebenar yang pencarianku,
cinta sudah layu,
kehidupan sayu,
terasa haru biru...
mungkin jalan tuhan merencana,
kenapa perlu bercelaru?
haluan kita mungkin juga berbeda,
teruskan senyuman palsu,
rintangilah lagu laguan lalu...
demi benang kuning

demi sumpah,
ikatan benang kuning keturunan,
adalah akar tunjang pegangan,
tujuh darah gegar sebuah empayar,
tujuh darah simbol pejuang kampar.
demi sumpah mati,
kekuatan kami dari perut bumi,
tujuh kami cintai para nabi,
negeri ini semarak api,
jangan bermukim kau situli.
demi sumpah,
menteri dan duli duli raja,
biarlah kudrat besi ini menghenyak sengketa,
pasti bukti rosak dan bengkak,
terputus jasad dan tercampak...
demi sumpah,
semangat dulu pernah mengantuk,
telahpun kami bajai racun racun,
kembali melentur setelah terjelepuk,
tapi setia gerak tempur berhimpun..
demi sumpah,
tujuh kami tujuh binasa,
mencari takdir bukan menanti hadir,
ini ikrar kata sumpah benar,
kerana ikatan benang kuning keturunan....
sifir sifir cinta
satu ciuman irama segar,
dua hati rasa gementar,
dua tatapan mata bertaut,
empat kali paduan jiwa terpuput.
satu semester suatu seksa,
penantian adalah penyeksa,
dua jasad sedang bermengah,
satu jasad itu kenapa bermegah.
tambahan pada nafsu,
hanya berdarab kali suhu,
bahagi kasih bukanlah ilmu,
bukankah menolak lagi bermutu.
punca kuasa cinta dari tuhan,
oleh sama dengan takdir ketentuan,
perpuluhan rasa jangan dibuang,
lambang berkilometer pengorbanan.
tujuh tambah tujuh empat belas sayang,
tujuh darab tujuh empat puluh sembilan rindu,
tujuh bahagi tujuh kerana jarak berbatu,
tujuh tolak tujuh akan cinta melayang...
Subscribe to:
Comments (Atom)
macam mane ye^^boleh ke??
hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe


