Monday, 28 January 2013

sifir sifir cinta











satu ciuman irama segar,
dua hati rasa gementar,
dua tatapan mata bertaut,
empat kali paduan jiwa terpuput.

satu semester suatu seksa,
penantian adalah penyeksa,
dua jasad sedang bermengah,
satu jasad itu kenapa bermegah.

tambahan pada nafsu,
hanya berdarab kali suhu,
bahagi kasih bukanlah ilmu,
bukankah menolak lagi bermutu.

punca kuasa cinta dari tuhan,
oleh sama dengan takdir ketentuan,
perpuluhan rasa jangan dibuang,
lambang berkilometer pengorbanan.

tujuh tambah tujuh empat belas sayang,
tujuh darab tujuh empat puluh sembilan rindu,
tujuh bahagi tujuh kerana jarak berbatu,
tujuh tolak tujuh akan cinta melayang...

No comments:

Post a Comment

macam mane ye^^boleh ke??

hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe