Saturday, 12 October 2013

kedatangan.....












Aku lelaki aku tahu itu,
Dia miliki hati selembut bayu,
Sengaja hamilkan segunung rindu,
Untuk menyambut hari menyatu.

Kuhirup kesukaran cuacamu,
Seteguk lalu aku beralah,
Seteguk kini aku melatah,
Hampir malamku senandung ‘lagu’.

Pandang pertama tergamam kaku,
Genggam nekad dia rusuk kiriku,
Perancangan di sebalik pintu,
Siapa gerangan pun bakal bercelaru.

Ku kunyah perihal resah,
Ku sekat nafas nafas basah,
Betulkah terjadi,
Ini pasti bukan mimpi!

Dengan bahasa aku tabalkan,
Keyakinan tumbuh melatari jalan,
Darah,kudrat,dan air mata,
Berkumandanglah  rasa mendatang.

Cukuplah merenungmu puteri,
kemistri bersamamu sudah terpatri,
binaan perinduku makin roboh,
oleh kedatangan seorang pengubah,
menghibur kasturi yang ingin menyanyi,
kiniku pengampu sehelai baldu,
yang tinggal mungkin simpati,
mataku bermandi api.

Apakah desakan datangnya rasa?
Hidupkah balik akar yang mati?
Atau menunggu matahari naik,
Sedangkan pula ayam tertambat.

Kalau wanginya lenyap terbang,
Pemuda itu rebah terkapar,
Setabah lelaki,malu sembilu,
Sebuah soalan sejuta jawapan.

Sebentuk cincin itu bersamaku,
Malamnya isteri,paginya serikandi,
Izinkan daku menyimpan kenangan,
Mendalami ,menyayangi,dan pernah
 Mencintai..
Andai ternoktah suatu risalah,
Tidak tergerak mahkota cinta,
Aku ingin memeluk kisah,
Demi sumpah aku menyerah.
Kerana penyeriku kian berubah.






Friday, 4 October 2013

jatuh & bangunku










umur kini berlumpur,
dengan susul galur kotor,
pantas subur,tidak luntur,
kuukur garisan susur .

dekad sudah berbait puisi,
seluruh ragaku sempit,
arahan sang hati yang sakit,
berbakti sekadar penawar bertepi.

bagiku tempat ini segalanya,
melempar dan meluak genta rasa,
secara hakikinya aku berfantasi ,
sebaiknya bebas mendeklimasi.

terang terang aku meramukan kisah,
hendak apa aku melencong sirah,
kalau panah memang mencari busar,
sudahlah hati hakikat tersasar.

penerimaan atau penolakan?
perasaan atau kebenaran?
kiri tanganku menjawab,
kanannya bersahaja melihat.

pena & dakwat











coretan dari pena yang basah,
dari satu helaian putih,
terukir daripada ukiran kasih,
oleh simpulan tangan,
lihat penghijrahannya masih berjalan.

alunan kontemporari hayat,
dibawa arus kasanova sejagat,
tentang lintasan garisan lurus,
berubah ikutan kadaran ilustrasi,
dan kini berselindung lagi.

pena gagal bersama dakwat,
keserasian mereka kekal kekalan,
tentang dakwat pena menjawab,
antara pena melakar,dakwat
meresap....

berlegar










bermula sebuah pertemuan,
pada sebuah perjuangan,
merisik hati gema jiwa,
untuk berkasihkan si mutiara.

pada awal sedaun semalu,
mengatur desak kendiri bersatu,
berlaku juga buntu perilaku,
mengatur sesak kerja dan raga,
pada seempat curahan ilmu.

bahkan amarah juga nafsu,
pada bentuk bentuk zarah,
oleh sebuah perasaan,
terbangkitkah semangat jahat,
cuba mengasing tak tergerak,
kerana desaknya arus berkasih.

inikan kenangan buat si nganga,
mendatang cinta berdendangkan dendam,
kubu ilmu yang penuh bintang petang,
tenang tenang dan malang malang,
mungkin mencuba aku pengalaman,
atau mengasah jahat binatang!

macam mane ye^^boleh ke??

hilangkan bosan anda,
dengan zikir,
bacaan alquran,
bertafakur di masjid,
mendengar lagu keagamaan,
berbakti kepada kedua ibu bapa,.
nikmatilah hidup yang singkat ini,
dengan perkara yang baik ..hehehe